Assalamualaikum dan salam ukhuwwah...
Kenapa tetiba nak bercakap pasal kahwin muda ni ye? Ok, to be honest, this is among my wishes when I was little. I want to get married at the age of 21, but now I only have 6 more months to make it happen and there's nothing going on. Takde apa2 petanda pun yang hajat aku tu akan tercapai. Aku tak salahkan takdir sebab Allah yang pegang jodoh dan ajal aku. Siapa tahu mungkin aku akan jumpa ajal dulu dan pasangan aku berbai'ah kat Loh Mahfuz dulu menanti aku kat syurga. Atau mungkin lain. Allah lebih mengetahui, wallahu'alam, siapalah kita hanya makhluk-Nya cuba hendak berteka-teki perihal yang tidak patut dipersoalkan.
Kenapa nak kahwin awal? Satu, fitrah manusia hendak mencintai dan dicintai. Dan perkahwinan menghalalkan perkara itu. Aku dulu pernah ber'couple', which at that time, just out of curiosity. Aku tak tahu beza cinta dan nafsu; dan realiti cinta itu takkan mungkin terzahir dengan ber'couple'. Trust me. Bila dah lama bercouple you'll realize that you're doing the same thing. Bila dia merajuk, pujuk. Sms bertimbun tanya dah makan ke tak, etc etc pastu sebelum tidur bergayut dulu , esok bangun lambat, mak tanya kenapa eye-bag timbul cakap xcukup tidur, xdpt tidur. padahal semalam dah mnghabiskan kredit berapa ringgit sedangkan bercerita benda yang almost the same je. Skop yang sama yang membosankan. Saya dah terjebak lebih jauh ke dalam, tapi Allah selamatkan saya. Allah sedarkan saya yang cinta saya itu sia-sia. Allah bagi saya peluang bertaubat. Pastu saya masuk balik lubang yang sama, sengaja menjatuhkan diri dan berharap cinta ini akan membawa saya kebahagiaan. Bagai nak rak konon. Budak tak cantik ni nak bercinta..ooh sangat tidak molek. Akhirnya saya sendiri yang meruntuhkan pegangan saya sendiri masa sekolah dulu - "taknak couple". Sekarang taklah. Saya dah bangun balik. Mudah2an Allah kentalkan hati saya sekental hari ini atau lebih baik, untuk tidak menerima cinta lelaki selain suami...
Kedua; Jabir bin Abdillah r.a. menyatakan Rasulullah bersabda: “Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda, maka menangislah syaitan. Dan ia(syaitan) mengeluh: aduh celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku’.” (HR. Ibnu ‘Addi).
Hati remaja ni masih muda, masih membara. Bila bercinta bukan main lagi hangatnya sebab syaitan dah tiup pelbagai macam tipu daya. Tengoklah dari mana...majalah...TV...remaja kan up-to-date, dan syaitan punya medium sebar fitnah pun up-to-date. Pakai FB pun boleh..tweet2 tengah dating kat mana. etc etc. Siap tiup rasa cemburu bila tengok org ada caple kita tadak. MasyaAllah... Jadi bila dah diikat awal-awal dengan tali perkahwinan, wanita itu sudah terjaga, sudah terjamin tempatnya di syurga HANYA apabila dia berlaku baik dengan suaminya, si suami pun takyah nak playboy lagi, dah matang di usia muda. Dapat anak pun cepat...
gambar dari blog Dena Bahrin @ Nur Dianah yang berkahwin pada usia 20 tahun pada 28 April 2012. Barakallahumma! ^^
sekali lagi nak ucap tahniah pada Farah Lee yang berkahwin pada usia 23 tahun...^^
Sekarang sangat jeles bila mendengar khabar orang kahwin dah. Apatah lagi yang lebih muda dari kita. Sekarang junior saya ada yang sedang hamil 6 bulan, alhamdulillah...^^...
Dulu masa mula-mula dengar berita budak sama batch (tapi lain IPG) nak kahwin, bukan main terkejut. I was like "What? Dah nak kahwin dah?" padahal tak salah pun. Tak sedar diri ini sudah tua. Dan bila dapat news junior pulak yang kahwin, lagilah terkejut. Sejak itulah saya selalu jeles bila dengar khabar orang dah kahwin. Dulu takrif kahwin bagi saya ialah makan-makan, orang bersanding dan gifts. Sekarang seolah-olah terpanggil hendak jadi orang yang tertera namanya pada kad jemputan kahwin, yang berbaju putih di hari akad nikah, yang disarungkan cincin dan yang menyambut tetamu semasa walimah. Dan pada usia muda, tak payah nak susahkan mak ayah. (aa..masa nak kahwin tu ada kot susahkan sikit. heh. tapi lepas kahwin kan kita ni tanggungan suami) Teringat beberapa bulan lepas saya ada tengok al-Hidayyah topik dia tentang kahwin muda # ada pasangan yang belum pernah tinggal sebumbung, belum pernah bersama la maksudnya tapi dah kahwin, perempuan tu masih di bawah tanggungan ayah dia, tapi kalau suami nak bagi nafkah mcm sara diri tu kan, boleh jugak. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pada yang lebih arif ye..
Tapi kemudian terfikir pulak kan...hal mentua, hal tak dapat tinggal ngan mak ayah (perempuan kena ikut suaminya), hal masak-memasak, urus kewangan rumahtangga, jaga perhubungan dengan suami. Macam semua benda masa zaman bujang - friends, freedom, family semua kena tarik bila lafaz akad nikah Amboih aku cakap macam orang dah merasa kawen. haha.
Walaupun sekarang dah datang naluri nak berumahtangga tu kan tapi aku kena fikir jugak. Sabar tu kan tanda adanya iman. Allah tak sampaikan jodoh aku lagi mungkin sebab aku belum pandai masak, aku tak pandai lagi nak urus diri (muka pucat je, badan tak slim lagi nih, kewangan pun kontang-kanting asyik nak mintak duit je ujung bulan, mekap pun tak pandai macamana nak lawa2 depan suami), aku tak berapa bijak dalam pergaulan dengan orang-orang tua...dan banyak lagi..dan ...dan..bila fikir ni aku sedar aku belum layak, belum bersedia untuk kahwin. Allah lebih tahu terlalu banyak kekurangan yang mesti difixkan sebelum aku bergelar isteri orang.
Bukan desperate nak kahwin. Tapi kahwin itu membawa rezeki, bawa kebahagian, membuka jalan menuju rahmat Tuhan... Insya Allah...Jadi siapa2 yang rasa hesitate nak kahwin sebab macam kes Dena Bahrin tu kan arranged marriage, solat istikharah pastu Allah akan tunjukkan. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar... Bagi kes macam saya ni pulak...give our heart to Allah, and He'll give it to our other half. =)
Insya Allah...
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....