Aku kena panggil *oleh my members* untuk menengok video lagu Be Mine oleh Tasha Manshahar. Mula2 aku macam 'eh? siapa?' jadi aku pun try cari video lagu tu kat Jetvidi, sebab Youtube kena block. Mula2 jugak aku ingatkan laa 'Tasha Man Syahar' nama dia, dan dalam Bahasa Arab; rupanya tak. Ku pikir minah Arab mana jadi bintang Youtube baru ni rupanya Tasha Manshahar budak Sabah. heh. Jauh kan imaginasi aku.
Ok, fine. She's not my junior.
Tapi dia budak IPG. IP Ilmu Khas. Aku IPBL. IP jugak kan? Jadi dia junior aku sama profesion. It's the same right?
Berbalik kepada Tasha ni tadi, aku dah godek2 blog dia...bukan nak mengata la tapi aku rasa lepas video Be Mine tu keluar terus ramai follower dia kot...
I guess I should perform a song, record it and then upload them on the Youtube. Perhaps a few weeks later you'll see me on TV!!
Nah. Tak nak.
Cukup la aku jadi bintang di mata budak2 sekolah rendah. *mata bersinar2*
Mungkin anda akan berpendapat:
" Wah, bagusnya Yuna...dia dapat buktikan perempuan bertudung boleh main gitar dan menyanyi macam artis lain."
"Bestlah Najwa Latiff ... suara cun, main gitar pun cun,tudung fashionable - and you know what, she's just 17! Hebatlah dia..."
"Tasha Manshahar awesome! Lagu2 dia sedap je. Siapa kata jadi cikgu kita kena terikat dengan sekolah je? Bakal guru pun boleh nyanyi kat studio tau!"
Now. My blog, my opinion. Sila shut down fungsi mulut anda sebentar sampailah anda tutup blog ini dari list tab di browser anda.
Aku bukan tak suka. Cuma kurang suka. Mereka bertudung, bermain gitar dan menyanyi riang di stage. Kurang enak mata saya memandangnya.
Kenapa?
Ok. baca laju2.
merekagadisIslamyangmembawaimejwanitabertudungdanmenyanyikanlagu-laguyangmungkinmembuatkanguruagamadangurubahasamelayumerekamenangissekarang.
Setakat itu je. Aku tak nak kena bash orang. Huraiannya anda fikirlah sendiri.
P/s: Tahniah Youtube. Anda telah melahirkan ramai bintang-bintang yang semakin jauh.
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....