Saturday, April 21, 2012

Ya. Ini bukan blog saya yang pertama

My first blog? Nehi...

Assalamualaikum dan salam muhibah. Yela salam 1Malaysia.

Aku tahu takde pun yang curious tapi saja je menggedik nak kasi tahu..ini adalah domain blog aku yang kesepuluh.

Oh. Blog aku yang lain mana?..mesti korang tanya macam tu kan. heh. Simple answer.

Aku dah delete.

"Kenapa?"

Sebab...setiap blog aku tubuhkan *macam persatuan pulak* datang dengan tema tertentu. Bukan tema template ke apa, tema penulisan dalam blog tu. Blog aku yang pertama - Huda Insyirah a.k.a Nilai Murni a.k.a M U R N I - diwujudkan sebab aku nak merasa berdunia blog. Jadi penulisan aku dalam tu random.

Aku ni rajin buat cerita *ehem. bukan sebar fitnah. bukan* Dalam blog yang pertama tu, aku ada muatkan banyak jugak la cerpen dan beberapa novel yang aku baru buat sekerat jalan. Jadi aku pun tekad nak bukak satu lagi blog yang aku khususkan untuk post cerita2 aku - ceritanyamurni.

Lepas tu aku teringat aku ni nak jadi cikgu...GPI pulak tu. Jadi aku bukak satu blog lagi - Blog Cikgu Murni. So fandom, right? Dalam tu aku try nak tulis seberapa banyak artikel bermanfaat yang boleh, tapi baru sebulan blog tu wujud, aku dah rasa penat dah. Tahu kenapa? Bukan tak ikhlas, tapi aku rasa penulisan aku terlalu pura-pura dan 'bukan aku punya'. Terlalu rigid dan on-books.

Jadi, aku nak stick pada genre penulisan aku yang dulu : random. Tapi bukan sesat. Biarlah aku selesa dengan blog aku, which means aku tak perlu nak care too much tentang apa orang akan cakap, orang akan follow aku ke tak, orang akan assume aku apa2 pun aku dah tak kesah *really? yang penting, my blog is me. My own genre.

=) btw, thanks for passing by.



nk tumpang sat.


Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....