Tentang RM50.
Sumber: duniaretroyazid.blogspot.com
Assalamualaikum...
Gambar di atas tu ialah duit RM50 yang lama. Aku sempat la jugak tengok, tapi masa tu mak dan ayah aku yang tolong pegang duit ni untuk aku. Kalau dapat angpau raya kan, aku terus kasi kat mak, bagi simpan...nanti boleh guna untuk beli penselkes *pencil case* baru, kasut, baju, etc etc. Masa tu aku rasa RM50 ni besaar sangat. Memang nilainya banyak pun tapi dalam zaman sekarang, korang agak-agak berapa lama duit ni tahan dalam wallet / purse?
Paling lama pun seminggu. Kalau tak ter'pecah' dengan duit RM10, RM5, singgit-singgit; duit ni sah-sah tergelincir masuk mesin cashier dan pergi tak kembali kan?
Ada masanya duit ni tahan kat wallet aku. Ada masanya tak. To be honest, kadang-kadang aku tak perasan pun aku beli jajan apa ntah sampai habis sekaligus duit ni. Kalau masa elaun keluar memang la tak sedar diri masa beli barang. Tapi bila dah pokai...duit ni la yang tanggung hidup aku untuk dua tiga minggu.
Tu muqaddimah je. Aku nak cerita something sebenarnya. Antara aku dan ayah aku. Tentang RM50.
Terus-terang cakap, aku bukan dari keluarga yang kaya. Kami mampu, cuma aku ni je yang boros tahap ke awan, sampai duit tak mampu nak bertahan lama dalam beg duit aku. Nak dijadikan cerita, sekarang takde apa-apa elaun masuk dalam akaun, jadi maknanya inflasi sifar la bagi aku. Aku cuma bertahan dengan RM20, untuk dua minggu.
Jangan tanya aku makan ke tak, aku dapat bayar barang2 fotostat ke tak etc etc, sebab aku sendiri tak tau nak jawab macamana. Aku mampu makan. Aku mampu selamatkan dua keping not merah RM10 tu dengan buat2 dunno bila orang tagih duit fotostat.
Tadi masa exam EDU3104 [UAK], ada unknown number miskol aku 3x. Datang pulak mesej yang cakap suruh aku kol rumah kejap. Aku dah gabra, dalam kepala aku fikir macam2.
Lantas masa nombor tu miskol aku untuk kali ke 4, aku pun angkat. Keluar suara bapak aku. Eh. Jadi aku pun minta izin keluar kelas.
Rupa2nya memang la bapak aku. Ingatkan emergency apalah tadi kan, rupa-rupanya dia risau aku takde duit.
Aku terkedu. Sesaat jela, sebab lama2 nanti kredit bapak aku habis. Dia cakap kakak aku yang baru habis praktikum dah krisis ekonomi. Dia risau aku pun. Dengan tenang aku cakap aku ada RM20 lagi. InsyaAllah boleh survive lagi dua minggu. Bukannya tak biasa. Ayah aku jeda sekejap, suara dia rilek je. Aku tau bila dah macam tu dia dah risau + rasa bersalah la maksudnya *dari pandangan aku la. heh*
Dia pun cakap dia ada bank-in RM50 setiap sorang. "Jimat2 tau sampai bapak masuk gaji nanti. InsyaAllah bapak bank-in lagi lepas tu. Sementara ni bapak dah bagi RM50 setiap sorang, takut bapak tak sempat bagi nanti. Bapak sibuk."
Aku rasa mood aku tengah mendatar masa tu sebab baru tersentuh dengan ayat bapak beberapa saat kemudian. Aku tau, dalam keadaan sekarang, sudah tentu kat rumah lebih teruk lagi.
Aku teringat beberapa minggu lepas kitorang nak belikan hadiah buat pensyarah yang nak sambung study. Kena la bayar RM10 setiap sorang. Dalam poket aku cuma ada RM17. Aku nak kena bayar nametag (buat baru sebab gambar aku tak elok) kat Puan Sue RM8, pastu nak bayar RM10 macamana pulak. Aku nak makan pasir ke lepas tu?
Jadi dengan hati yang gusar aku kol rumah, mak aku yang angkat. Tengah masak katanya. Aku cakap kat mak baik2, aku perlukan duit. Mak potonglah duit elaun RM1500 yang aku kasi mak simpan dulu.
Mak aku cakap la dulu yang aku mintak sebelum ni pun dah kira kena potong la, jadi aku agak ada kot dalam RM500 je lagi tinggal. Aku simpan duit tu dulu untuk persediaan bila masuk sem 4 nanti.
Mak cakap malu nak keluarkan duit lagi. Baru hari tu bapak aku pergi bank, tak lama pastu pegi lagi. Asyik bank-in untuk anak, sampai kena tegur pekerja bank.
Aku mintak RM200, mak mengeluh. RM100, mak cakap banyak sangat. RM5o, mak terdiam. Lepas tu mak tanya, kamu nak guna untuk apa duit tu? Aku cakap, aku nak bayar duit untuk hadiah pensyarah, benda2 fotostat, nametag, jadi RM30 cukup kot semua tu. Lebih2 untuk makan. Mak aku diam.
Pastu mak cakap mak akan bagi RM50 untuk belanja, RM30 mak bagi untuk semua yang aku nyatakan tu.
"Jumaat ni mak dan kakak kamu nak berniaga. Nanti mak masukkan RM80. Kami kat rumah pun tengah susah sekarang. Ingat tau jangan susahkan ayah kamu."
Seminggu kemudian kakak mesej cakap RM80 dah masuk akaun aku. Aku bersyukur + sebak sebab memang sangat2 memerlukan la semua tu, jadi aku pun keluarkan RM50 dan spend beli barang2 belajar dan barang makan. Lepas tu aku fikir, Allah...macamana nak keluarkan RM30 lagi, kad aku stuck kalau kat ATM BSN. Aku pun check betul ke tinggal RM30 lagi. Mistake pulak, sebab msj BSN:SMS tu RM0.50, jadi dalam akaun aku cuma ada RM39.95.
Cuma boleh keluarkan RM20 je lagi. Tu la RM20 yang aku ada sekarang.
Balik pada kes bapak aku tadi.
Lepas tu bapak cakap, sabar nanti bapak bank in. Tiba2 aku rindu nak balik rumah. Kalau aku kat rumah, mesti aku tak semenyusahkan-mak-bapak macam sekarang kan, sebab aku tak perlu bayar itu ini. Dengar suara bapak yang dah seminggu lebih tak dengar...
Sebelum hang-up bapak tanya, kenapa tak call rumah? Aku teringat hari tu masuk reload RM5 kat henpon aku. Dah agak dah bapak yang bagi. Tau2 je aku takde kredit. Tapi bila aku nak call rumah, call rejected. Bil telefon lama tak bayar.
Aku lupa nak minta maaf sebab try call sekali je.
Lepas hang-up, perasaan aku bercampur2. Aku sedih sebab dah menyusahkan mak bapak lagi; happy sebab dapat duit lagi, boleh survive lagi; sebak pun ada.
Petang tu aku pergi beli aiskrim potong Red Bean tanpa rasa ragu2. ^^. Terima kasih ayah dan mak. I love you both..=))
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....