Friday, August 22, 2014

Kepada Allah kita kembali.

Assalamualaikum.

Hari ini Hari Berkabung untuk penumpang2 pesawat MH17 di seluruh negara sebab pada hari ni, 22 Ogos 2014, akhirnya 20 jenazah dan abu mayat mangsa sampai ke Malaysia. Daripada 200 lebih tu, hanya 20 yang pulang. Ana tak pasti sekadar itu yg boleh diretrieved atau ada lagi yang akan menyusul. Kita doakan semua mangsa dikembalikan ke Malaysia. Paling2 pun dapat ditemukan anggota badan mereka dan dikebumikan. 

Sebak rasanya melihat paparan upacara penghormatan untuk 20 mangsa ni. Walaupun ana sekadar melihat bahagian jenazah dikeluarkan dari pesawat khas dari Amsterdam tu. Rasa seolah-olah baru semalam berita MH17 tu ana dengar di corong radio on the way to sekolah. Rasa seolah-olah semalam Fatin Liyana upload gambar insta yg sgt mysterious ttg MH17. Apa yg Allah nak tunjuk sebenarnya?



Gambar ini ana ambil dalam penerbangan dari KK ke KL pada 9 Jun yang lalu. 39 hari sebelum tragedi MH17. Ketinggian pada ketika ini kira-kira 30 000 kaki. Sama macam tinggi MH17 ketika ditembak jatuh. Ketika mengambil gambar ini ana membayangkan apalah yang difikirkan oleh penumpang-penumpang pesawat MH370 semasa mereka dapat tahu pesawat mereka melencong dari laluan? Kini bila lihat semula gambar ini ana terfikir apalah yang penumpang2 pesawat MH17 lakukan ketika pesawat mereka tiba-tiba diserang peluru dan (mungkin) melihat beberapa orang penumpang yang mati akibat impak peluru berkenaan? Dan dengan pantas pesawat mereka sedang menjunam...semakin dekat dengan tanah....dan bam! Allahu....tak terbayangkan. Dari ketinggian sebegini. Ini bukannya Thor ketika terperangkap di dalam kapsul yang menjunam dalam The Avengers. Thor walau terhempas masih hidup. Ah fiksyen duniawi. Andai saja realiti pasti semua orang sudah bertemu MH370, barangkali bukan di Lautan Hindi tapi diparkir di tengah2 Diego Garcia!

Hari ini semua bertafakur mengenang nasib mangsa2 ini. Al-Fatihah dan ingatan tulus ikhlas kita rangkaikan pada mangsa MH370 yang masih belum diketahui nasibnya, pada jenazah dan abu mangsa MH17 yang kembali ke tanah air tidak bernyawa, pada 23 orang lagi rakyat Malaysia dan mayat2 rakyat negara lain yang (mungkin) masih belum ditemui atau dikenalpasti, (diminta ihsan dari semua) pada Allahyarhamah Norsiah bt Buntak, ibu saudara ana yang baru meninggal dunia pada hujung minggu lepas dan meninggalkan seorang balu, dan 5 orang anak, yang bongsu belum umur setahun

dan pada keadaan dunia sekarang. 

Sungguh hati ini bergetar bila terbaca ulasan di FB ttg pemimpin Habsyah yang memimpin Rom - sejarah Rom menyatakan rakyat Rom telah membuka tanah baru di Amerika justeru Amerika itulah Rom- dan pemimpin kini ialah Obama yang berkulit hitam yakni seorang Habsyah. Allah lebih mengetahui. Mungkinkah ini tanda Kiamat Kubra makin dekat? Sungguh, Allah lebih mengetahui. Justeru pada Allah kita berserah.

Senarai 20 yang pulang ke tanahair pada hari ini. Mangsa yang dihitamkan kerana tidak mahu mengaibkan mangsa. Harap keluarga mangsa berkenaan tak terasa hati. 


Beg yang disahkan milik keluarga 6 beranak dari Kuching. Begnya masih kelihatan agak bagus, sedangkan mangsa-mangsa berada dalam keadaan yang mengerikan. Pertama kali ana lihat bagasi-bagasi yang masih elok dan ada yang masih tertutup, ana agak peluru tidak menembak pesawat di bahagian bawah, sebaliknya terus meluru pada tempat duduk penumpang, atau mungkin ketika terhempas pesawat dalam keadaan terbalik. Then again who am I to judge. Not even an aviation student. 

Mungkin beg2 yang survived tu beg2 dari jenama mahal dan berkualiti. Hingga terfikir, kan bagus ketika terhempas mangsa2 yang masih hidup setelah pesawat ditembak diteleportasi ke dalam luggage2 berkualiti ini. Atau upgrade lagi, dikecilkan oleh Doraemon sebelum itu. Mungkin ada peluang mereka selamat. *senyum kelat* maaf, tak sepatutnya bergurau. Ana sangat teringin mereka selamat. Sebolehnya tak ingin tragedi ini berlaku. Kan lebih baik pesawat ini dibatalkan penerbangan. Tapi apakan daya, cuaca sangat baik ketika departure, siapa tahu hujan di tengahari?

Apa2pun mari sama2 kita doakan agar mangsa dipermudahkan pengkebumiannya, dijaga Allah dalam rahmat-Nya, diringankan beban siksa kubur-Nya, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Kasihanilah mereka Ya Allah, kasihani mereka. Sudah cukup seksanya mereka saat kematian, maka Engkau ringankanlah seksa mereka sesudah itu Ya Allah, kami mohon Ya Rabbi....aminn...

Masih sebak.

nota kaki | Dahulu bila beli tiket atau ayah belikan tiket, hati melonjak-lonjak gembira sebab naik flight seronok, airport best. Dah besar ni pun asal tengok page MAS atau AirAsia sebab nak beli tiket pulang, hati rasa menggebu riang. Tapi sekarang bila nak beli tiket atau ayah bagitau dah beli tiket kapal terbang untuk pulang, hati rasa bergetar risau. Dahulu bila kapal terbang dah naik tak cecah tanah lagi, kadang2 mulut kumat-kamit baca Bismillah...Bismillah...moga dipermudahkan dan dijaga Allah sepanjang perjalanan. Dan bila dah cecah tanah semula di destinasi hati kadang-kadang tak ingat nak syukur, mulut tak ingat nak ucap terima kasih pada Allah yang menjaga, bahkan earphone di telinga masih memainkan lagu lagha. Kini setiap kali nak masuk flight sampailah kapal terbang nak naik tak cecah tanah, mulut berdoa minta perlindungan Allah, hati sedaya-upaya dijaga supaya tak lupakan Allah sepanjang perjalanan, earphone letak tepi, novel simpan dalam beg, pandangan dilontar jauh2 tengok awan dan tengok luar dengan mata helang sambil mulut cuba-cuba nak istiqamah memuji Allah, sampai destinasi roda cecah tanah, senyum ucap Alhamdulillah tapi masih risau selagi tak jumpa wajah kesayangan, bimbang tragedi di tengah laluan antara pintu kapal terbang ke pintu ketibaan. Allah...dunia memang tidak selamat, maut di mana-mana menunggu tiap saat tak pernah telat. Memang mati pasti, yang tidak pasti itulah perkara terakhir yang kita lakukan dan amalan yang kita bawa. Husnul khatimahkah atau su'ul khatimah. Naudzubillahi min dzalik. Ampunkan dosa kami Ya Allah, selamatkan jiwa2 kami Ya Allah, lindungi kami dari seksa kubur dan azab api neraka-Mu Ya Allah. Sesungguhnya kami hanya hamba-Mu yang lemah dan sentiasa perlukan-Mu Ya Allah, jangan bolak-balikkan hati kami dari agama-Mu Ya Rabbi, kasihanilah kami, kasihanilah kami, kasihanilah kami...amin...
Share:

1 comment:

  1. pembetulan ye adinda... bukan balu lew... it's supposed to be duda...? kan..?

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....