Wednesday, October 24, 2012

Salam Aidiladha!

Salam alaykum =)

Entri ni ditulis pada 25 Oktober 2012, 9 Zulhijjah 1433H, yakni esok hari raya Haji @ Aidiladha. Sila abaikan tarikh di atas entri ni.. =.="

Jadi sebagai perkongsian ilmu sedikit jom saya nak share sesuatu berkenaan hari raya ni.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Tidak ada suatu hari di mana Allah memerdekakan lebih banyak hamba-Nya dari api neraka kecuali di hari Arafah. Sesungguhnya pada hari ini Allah mengetahui hamba-hambaNya lalu Allah memuji mereka di hadapan pada Malaikat."

Apa tu hari Arafah?

Hari Arafah ialah hari yang jatuh pada 9 Zulhijjah yang mana disunatkan bagi kita yang tak menunaikan haji untuk berpuasa pada hari tu. Mereka yang menunaikan haji pula perlu berada di padang Arafah hari ni bagi menunaikan wuquf. [Bacaan lanjut]

Apa kaitannya dengan Hari Raya Aidiladha?

Hari Raya Aidiladha pula jatuh pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Sambutannya bermula pada malam 10 Zulhijjah dengan Takbir Raya, dan diikuti dengan solat sunat Aidiladha dan khutbah raya pada siang hari 10 Zulhijjah. Ibadah korban pula boleh dilakukan pada 11, 12 atau 13 Zulhijjah, yakni Hari Tasyrik (termasuk 10 Zulhijjah). 

Sepertimana yang kita umat Islam sedia maklum, hari raya korban ni ialah bagi memperingati kisah Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam kesanggupan mereka akur pada perintah Allah SWT tanpa keraguan. Nabi Ibrahim a.s menurut perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s dan setelah diberitahu hal demikian pada anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s akur dan bersedia untuk disembelih apabila dengan kuasa Allah, seekor kibasy diturunkan bagi mengganti Nabi Ismail a.s. Subhanallah...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan hikmah segala sesuatu. [Bacaan Lanjut]

"Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan redha akan ibadat korban yang kamu lakukan."
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Jadi kawan-kawan sekalian, jangan pulak menangis kesian pada haiwan yang dikorbankan tu. Nanti korang jugak yang makan kan. =)



nota kaki | Rasulullah SAW ialah 'keturunan kepada dua orang yang hendak disembelih'. Eh dua orang? Hmmm..siapa lagi seorang ye? Okay teaser =) nanti saya akan post entri tentang ayah Rasulullah SAW hampir-hampir disembelih ayahnya sendiri.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....