Sunday, August 26, 2012

Laporan Post-Raya 2012

Salam alaykum =)

Sekarang dashboard aku cakap 1212AM, maksudnya dah tengah malam, so why bukak laptop?

Because I miss wifi so much. NYAHAHAHAHA. Ok maaf xlawak tapi mode gila tak hilang lagi. heheh

Tak tahu nak mulakan entri dengan apa sebab terlalu banyak cerita, termasuk yang remeh2 nak bagitau ni. haha muka terhegeh2 calling for a slap. Alhamdulillah raya tahun ni agak menyeronokkan, bukan nak cakap sebelum2 ni boring, tapi kali ni agak best sebab apa? Dena Bahrin dah mengandung 15 minggu, Kak Ana dah kahwin Sabtu lepas, theRockingHijab insyaAllah akad siang tadi *xsure sebab dia xupdate lagi*. Alhamdulillah alhamdulillah...

"Kau rapat ke dengan diorang?" xde, aku tumpang hepi sekaki je. x lebih. sekaki je. sebab orang sekeliling aku *dunia maya dan realiti* tengah bahagia. Entahlah. Rasa best tengok orang seronok. Tak salah kan?

Btw, aku dah tamatkan PBS 4 selama 3 hari sahaja. Ya 3 hari sebab Guru Besar cakap hari Khamis xyah datang sekolah dan hari Jumaat memang dah cuti. Maka sepanjang hari Rabu tu bilik guru dah ada aroma cuti. haiya. Aku je yang terlebih sibuk. Hari Isnin lenggang kaki je, sebab konon tak bawak laptop xdapat buat kerja banyak sangat, so plan nak ambik gambar, kenal2 dulu dan try sit-in sikit2. Hoh merasa la aku kali ni sit-in sampai 3 kali. Mengganti sit-in2 yang aku sepatutnya buat 3x PBS sebelum ni. 

Kelas BI Tahun 5 aku jadikan kelas kraftangan. Aku tak tau nak ajar apa maka aku suruh diorang buat kad raya untuk GB yang akan pindah sekolah ni nanti. Dengan hanya majalah Sayang Muslim + beberapa keping kertas warna hijau pastel & putih, aku memang yakin kelas aku tu kelas paling membosankan sepanjang hidup diorang. Nasib baik budak baik2. Kalau tak aku xprepare lagi nak kawal budak. adeh sem depan praktikum pulak dahh.

Btw, aku dapat duit raya tahun ni. Jumlah tak payah cerita kot haha *gelak awkward.

Aku rasa macam nak buat semua benda malam ni. KKBI, skor lagu, bbm b.arab dan kemas barang.... esok kelas pulak. adoh2 mental breakdown aku...

nota kaki | Kitorang jumpa kura-kura melintas jalan pagi 1 Syawal hari tu, maka nama dia pun Syawal. heheh. Tapi lepas tu tak tau nak letak mana, nak bagi makan apa, last2 petang 4 Syawal kitorang lepaskan dia dalam kolam...huu~ xpe Syawal, kau berhak untuk bebas...

Kura-kura je pun... =_="

perkenalkan, Syawal. Syawal, ni readers blog saya yang comel. haha bajet. 

Share:

1 comment:

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....