KLIK SAYA!

Laporan Post BIG Program Anak Angkat | #2: The New Family

Salam alaykum =)

Merujuk pada entri Prolog, aku dah cerita kan yang aku ada keluarga angkat sepanjang program ni, sekali dengan batchmate Ellie dan May. 

Lepas sampai di rumah tu, Lin temankan kami bertiga berjalan keliling kampung sebab nak tengok batchmate yang lain duduk di rumah mana. Jadi senang kalau nak gerak pagi2 ke tapak bas menunggu, yakni depan kampung yang agak jauh. Kampung ni banyak rumah, banyak penduduk, justeru banyak simpang sampaikan jenuh nak hafal. Tapi setakat ni aku ingat jalan ke rumah keluarga angkat aku tu, dan beberapa buah rumah rakan-rakan yang berdekatan. Pukul 6 lebih baru kitorang balik semula ke rumah keluarga angkat masing-masing. 

Pada awalnya kami ahli rombongan yang muslim ni dah sepakat akan solat Maghrib dan Isyak di surau SMK Tarat atau masjid di Serian, tapi beberapa orang dapat tahu keluarga dia Kristian SDA, dan memang izinkan solat di rumah, jadi mereka tak jadi ikut. So trip ke surau tu terpaksa cancel sebab ramai yang solat di rumah keluarga angkat je. Minoriti je nak solat jemaah di masjid, jadi terpaksa ikut suara majoriti, maka aku pun solat di rumah saja. Kami cari arah kiblat berpandukan arah terbenam matahari tapi ke kanan sedikit. Walaupun tak tepat sangat tapi boleh gunakan untuk masa darurat macam tu.  Aku seorang je jadi aku xsure arah kiblat betul ke tak. So aku pergi rumah classmate Nisah & Qeelah dan batchmate Kuza selang sebuah rumah dari rumah keluarga angkat aku. 

Terasa jauh perjalanan itu. Y? Sebab di depan rumah keluarga angkat aku memang rajin belia harapan negara lepak, pastu depan rumah keluarga angkat Nisah Qeelah dan Kuza tu pun sama. Memang aku rasa dupdapdupdap sebab bila melintas depan diorang silent semacam je diorang tengok dengan mata mencerlung. Lepas tu bercakap balik dalam bahasa Bidayuh yang aku sangat-sangat harap aku faham tapi tak. Tipulah kalau tak rasa macam kena umpat. Huu~

Jadi dengan muka tak malu pada malam first tu aku redah rumah keluarga angkat diorang tiga. haha sungguh tak malu, aku tak tahu nak bagi greetings apa. Maka sambil buka pintu aku cuma cakap "auntie...saya masuk aa.." dan terus masuk ke ruang tamu diorang. Dahlah tu terus menyendat duduk di kerusi. Asalnya aku dah solat Maghrib di rumah, konon pandai cari kiblat tapi masa solat tu badan aku menggeletar dan rasa was-was takut salah kiblat. Jadi lepas Nisah ajar arah kiblat diorang, baru sure sikit. Sama je pun. Lepas tu, aku cuma solat Isyak di rumah diorang, Subuh dan Maghrib di rumah keluarga angkat aku. Mama dan adik beradik angkat aku tak tahu aku solat dalam bilik tu sebab lepas mandi je aku terus kunci pintu dan solat. 

Alright mak angkat aku namanya Christina, adik-adik angkat aku pulak Lin & Jane. Maknanya di dalam rumah tu aku seorang saja Muslim. Hm. Memang satu pengalaman baru berseorangan begitu.

Family aku ni beragama Kristian RC, dan aku ada dengar bunyi2 haiwan berkenaan di belakang rumah. Maka aku tahu dengan automatiknya peralatan memasak di rumah ini syubhah digunakan oleh aku. Lepas kitorang jalan-jalan petang hari pertama tu, mak angkat aku tanya Ellie dan May Kristian apa...Ellie SDA, May RC. Jadi mak angkat aku tanya kat aku dan Ellie, boleh makan di rumah tak. Aku rasa serba-salah nak jawab, Ellie kata dia ok je. Tapi aku memang tak boleh, cuma tak tercakap di mulut. Gagap aku nak explain. Mak angkat aku ni pernah beriparkan perempuan muslim, jadi dia tahu yang kami tak bercampur bila memasak, maksudnya peralatan yang digunakan tu berasingan. Jadi lepas lama ter'emm' dan ter'err', mak angkat aku cakap, 'takpa, fikir2 la dulu ya.' . Hati aku dah kata, "Mama, sy memang xboleh makan." tapi tersangkut di tekak je ayat tu. 

Dan malam tu aku start panik bila tengok mak angkat aku dah serve meja makan. Pastu dia cuit aku yang sengaja duduk membelakangi meja makan dan ajak makan. ohmy. Dia berdiri tepi aku tunggu aku bangun dan gerak. Jadi dengan tergagap-gagap lagi aku bagitau terima kasih, tapi aku tak boleh makan. Tapi sebab aku gagap kan, mesej yang nak disampaikan tu tak jelas. Di sinilah kepentingan komunikasi ye. Tunggang-langgang ayat aku dan akhirnya mak angkat aku angguk. Lepas tu bagi membuang keawkwardan kami, aku tanya mana tandas. 

Memang betul pun aku sakit perut. Mak angkat aku bagi ubat sakit perut dan minyak angin. Makan ubat pun aku minum air botol sendiri. Memang tak berani nak guna gelas sekalipun, sedangkan arak najis mutawasittah je, boleh digunakan lepas dibersihkan dengan air mutlak. Tapi masa tu aku tak terfikir pun. heheh. panik kan.

Risau jugak takut keluarga angkat aku kecik hati tapi diorang kesian pulak tengok aku tak dapat makan atau minum di rumah tu. Aiseh satu hal pulak. Takut diorang fikir Islam ni terikat sangat dan menyusahkan. Harapnya tidak diorang fikir ke situ kan. Jadi setiap kali lepas diorang makan, aku cuma cicip pakai jari dan sampaikan ke bibir je takut kempunan. Serius mak angkat aku pandai masak, bau sedap2 je. hu~

Lepas makan tu, kami sama-sama tengok DVD sambutan perayaan Pesta Menuai Padi tahun ni. Ada fashion show, Ratu Kebaya dan acara memberi minum dan perarakan. Yang fashion show tu tak tahan, budak2 lelaki memperagakan pakaian perempuan. Haiya. Sekali tengok memang macam perempuan tapi bila dah berjalan haha. Sah-sah jantan. Yang mak angkat aku cakap upacara memberi minum tu ialah semua gadis dan perempuan di kampung tu sediakan air -tak kisah la grenadine ke ribena ke 100plus ke- tuang dalam cawan dan bagi minum mana-mana lelaki secara random. Aku tak pasti simboliknya apa tapi yang pastinya video tu kami tengok dari pukul 8 lebih sampai pukul 10. 

nota kaki | Kristian RC maksudnya Kristian mazhab Roman Katolik. Kristian SDA pula maksudnya Kristian mazhab Seventh-Day Adventist. Menurut google lagi, Kristian SDA ni tak makan daging babi dan jarang yang pelihara anjing di rumah. Jadi kalau nak makan di rumah diorang, boleh asalkan bukan hidangan daging yang mana kita perlu sembelih terlebih dahulu. Lain la kalau diorang memang dah confirmkan daging tu disahkan halal dan dibeli di kedai muslim. Apa-apa pun yang penting, jangan lupa baca bismillah, selawat sebelum makan tu. =)

No comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....