=(
Hari ni rasa nak buat muka monyok je. Kenapa? Entahlah...aku pun tak pasti, yang pasti badai hati lepas tengok FB page Islamic Comedic Centre dan Islamic Examined belum reda lagi. Perasaan berkecamuk bila tengok orang post gambar pelik2 dan terang-terang nyata menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW...masyaAllah...ish2. Astaghfirullahaladzim. Kita doakan moga Allah suluhkan hidayah dalam hati anti-Islam semua ni.
Dunia semakin menakutkan. Manusia semakin hilang tamadun.
Tapi berbalik pada tajuk entri kali ni, aku rasa nak mengomel sikit. Hari bad mood kot..ke xda mood langsung. Kalau ikutkan hati aku rasa nak join mana2 chatroom pastu mengomel sensorang dan chatters akan pandang aku dengan muka derp. Blah blah.
Tapi tak boleh. sebab aku kan ada blog. ngehehe sekali lagi memanipulasikan blog untuk sesuatu yang melalaikan.
Tadi masa tidur dengan kucing aku mimpi. Aku mimpi pergi travelling, pergi tinggal sehotel dengan kawan-kawan aku, semua termasuk Geng Lawas yang tercinta. Mak ayah takde pulak heheh maaf ma pa, tapi kucing yang aku bawa tidur tu pun join. Dengan laundry aku sekali. Pulak.
Masalahnya aku tak dapat ikut schedule sebab takde baju nak pakai. Apakah maksudnya?
Yang penting sekarang I really need a vacation. Seperti selalunya bila nak dekat musim exam macam ni lah. Orang2 U semua nak prepare utk Pemilihan MPP, tapi kitorang kat IPG struggle nak exam. Jadi masa tengah tension ni la aku sibuk google escapade sceneric beautiful vacation beaches resorts etc.
Lagi yang buat aku down ialah apabila melawat laman PTS. Hu~ Dari dulu aku rasa nak send karya utk diterbitkan kat mana2 publisher, tapi sampai sekarang idea yang datang tergantung2 tak tahu nak habiskan macamana. Semualah; Villa, Kerana Aku Perempuan dan semua draf2 yang aku buat, semuanya tergantung. That's why, ya sekali lagi saya tekankan , I need a vacation! Bila pergi bercuti barulah tenang sikit kalau nak berkarya kannn..
"Kenapa teringin nak hantar pada publisher? Publish kat blog sendiri sudahlah. Ada orang nak baca, dia baca. Yang tak nak, abaikan." Oh, kadang2 hati aku pernah cakap macam tu. Itu salah satu sebab kenapa aku buat blog. Aku nak publish karya2 aku yang taklah sehebat Hilal Asyraf, Ain Maisara, Ramlee Awang Murshid, Norhayati Berahim dan HLOVATE itu, sebab aku nak orang baca. Orang appreciate hasil tangan aku. Yes I admit yang aku sekali je pernah ikut bengkel penulisan. Takde pentauliahan pun, tapi aku yakin aku boleh! yeah! hyper tetiba hehe maaf..
Tapi sekadar menulis di blog takde pulangan. Orang sekadar puji, bagi thumbs up dan kritik sedikit kat shoutbox tp tu pun boleh kira pakai jari berapa orang semuanya. Aku ni student lagi, datang dari family yang ordinary, yang akan rasa sempit bila dah tengah dan hujung bulan. Aku dapat duit dari elaun yang kerajaan bagi untuk budak IPG, RM5000 - RM360 (byr hostel) yes I know it's a lot tapi untuk satu semester, rasanya tak cukup. Even student U lagi la banyak nak kena bayar kan, lagi2 la diorang bayar sendiri unless ada biasiswa. Syukur alhamdulillahh aku masuk IPG sebab Allah tahu family aku tak mampu nak tanggung study aku kalau nak kena bayar buku yang mahal2. Duduk IPG yang kena risau ialah nak beli buku, fotostat modul dan buat BBM serta belanja sepanjang praktikum, kalau kat U, entah apa lagi aku kena risaukan. Huu~
Jadi aku nak hantar karya pada publishers macam yang Kak Ririn buat, jadi aku boleh dapat royalti bagi setiap copy yang terjual. Kalau karya aku diterbitkan la. kalau. kalau.. hm. kalau.
So kesimpulannya aku perlukan satu percutian percuma. Kalau honeymoon lambat ceritala...I need now. Now! *muka demand* *sigh*
nota kaki | Nak pergi Europe masa Spring & Autumn, pergi Korea masa Winter, dan balik Summer di Malaysia. haha. all-year-round takyah mintak la kan..
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....