Friday, September 7, 2012

Laporan Post BIG Program Anak Angkat | #3 : The Crying Musolla

Salam alaykum =)

Entri ni adalah sebagai penutup kepada cerita BIG Program Anak Angkat aku.

Baiklah, untuk makluman semua di SMK Tarat ni ada surau. Alhamdulillah, walaupun penduduk muslim bukan majoriti di sini, tapi sekolah tetap menyediakan tempat sembahyang demi kemaslahatan pendidik dan pelajar sekolah dia yang beragama Islam.

Awal-awal masa masuk ke perkarangan sekolah dan nampak surau tu, syukur sangat sebab ada tempat solat. Boleh rehat-rehat sementara tunggu waktu solat kan. Memang tabik la dengan SMK Tarat sebab walaupun pengetuanya bukan Islam, tapi kebajikan orang Islam terjaga di sini.

Namun apa yang dikesalkan, surau tu macam hiasan je.

Masa mula-mula kami masuk ke anjung surau tu, kami lihat ada sandal di depan pintu, betul-betul depan pintu masuk ke kawasan berkarpet untuk sembahyang tu. Lantai mozek di sepanjang anjung pun kotor sangat. Kami hairan, eh, sapa yang bawa alas kaki masuk masjid ni, kami cakap. Tapi bila jenguk, siapa di dalam?

Ustazah sedang tunggu anak-anak murid dia, nak buat kelas.

Rasa nak tampar dahi, 'laa ustazah rupanya. kenapa tak pakai sandal terus masuk masjid??'

Lepas tu kami lihat kawasan sekeliling, ada dua tiga helai kain telekung yang sudah kotor tersadai di tempat penyidai kain telekung. Di ruang tempat imam solat tu dilonggokkan beberapa buah kerusi yang sekali dengan meja tu, macam kerusi kat bilik kuliah tu. Dan di atas karpet ada banyak taik cicak.

Karpet tu pulak macam masih baru lagi, macam tak pernah dipijak. Kawasan solat perempuan dijadikan macam ruang kuliah, kerusi disusun-susun. Kami terfikir, adeh, kain tabir ni penanda kawasan solat perempuan ke, penanda ruang kuliah?

Lepas tu kami ke tandas, MasyaAllah, rak yang diletakkan di situ semuanya berdebu. Air yang keluar dari paip warna kuning dulu, baru jernih.

Lepas tu ingatkan ustazah ni nak buat kelas baik2 dalam masjid tu, tapi dtinggalkannya pulak anak-anak murid dia di dalam surau tu dengan kerja sendiri. Masa jemaah tengah sembahyang di depan, diorang buat bising bergelak ketawa di belakang. Bila ditegur 'shh', sepanjang tempoh solat diorang dok main2kan. Memang tak pernah diam. Sedih, sebab yang mempermainkan kami dan yang tak hormatkan masjid dan jemaah yang sedang solat tu ialah belia Islam sendiri.

Kesian surau tu. Jadi kami ambil inisiatif untuk minta dari pihak sekolah untuk kami membersihkan kawasan surau tu. Esoknya kami dapat kebenaran. Bila cikgu tu kata 'saya nak 10 orang volunteer untuk bersihkan surau' Lebih 10 orang yang angkat tangan.

Jadi kami mop lantai anjung, bersihkan tandas, vakum karpet dan sapu anjung.

Masa kemaskan surau tu kan, ada yang jumpa bangkai burung kat tempat imam solat (yang dilonggokkan meja dan kerusi tu) dan banyak gile taik burung dan taik cicak yang kering sampai susah nak sental.

Kami terfikir, "Ada aktiviti keagamaan tak dibuat di sini selain kelas Pendidikan Islam. Mikrofon untuk laungkan azan pun xda. Budak-budak buat dunno je walaupun balik tengahari nak dekat Zohor."

Sekolah ni perlukan seorang ustaz untuk hidupkan surau ni. Serius. Ustazah je tak cukup kuat.

Dan lepas tu datang part paling annoying. Sedang lantai masih basah lepas dimop, ada pulak guru dengan dua anak murid dia datang melintas anjung yang sedang basah tu, buat muka dunno konon nak ambik shortcut ke flat guru, PAKAI KASUT. Semua kitorang jeling dengan muka rasa nak bedal je diorang bertiga. Wei tak nampak ke dah dibasuh ni?

Tu tak cukup hot lagi. Lepas tu datang ustazah kelmarin, nak buat kelas lagi kot. Depan anjung tu dia macam teragak-agak nak melangkah dengan sandal masih di kaki. Dia pandang kami dan tanya, sambil tengok lantai yang basah tu...

"Oh dah basuh ke?" 

fffuffffufffuuu...

...dan dia pun buat macam biasa, masuk dengan pakai sandal dan buka cuma bila di depan pintu masuk untuk ke ruang solat.

Astaghfirullahal adzim...kesian Rumah Allah ni. Kesian...

nota kaki | Aku tergelincir - terduduk - terjatuh dua anak tangga. Wow sakitnya hingga menggigit jari. Cun pulak pihak pengurusan snap gambar. Heish.

Share:

0 comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....