Saturday, September 1, 2012

Iktibar dari Ceyana

Salam alaykum =)

Tadi jenguk FB tergerak rasa hati nak buka satu halaman yang dikongsi oleh senior. Webcache je sebab laman blog tu dah ditutup owner dia. Entri tu ditulis November tahun lepas, jadi memang aku agak ketinggalan la sebab baru tau kan.

Aku guru pelatih. Apa perasaan aku lepas baca entri beliau yang kononnya dah selamat didelete itu?


Tapi sebagai seorang manusia, kita harus rasional apabila berdepan dengan manusia yang macam ni, yang dok complain memanjang buat thesis sendiri yang takde sumber-sumber sahih pun ni. Sebagai manusia ye, sebagai manusia. Selagi mana ada akal, selagi itu boleh fikir dan ambil iktibar.

Aku tau niat Ceyana ni nak buka mata para guru, yang dilihatnya asyik dengan FB, Twitter, blog dan jualan langsung konon nak dapat income extra. Tetapi masalahnya dia pandang dari mata dia je, mungkin dia tak minta pun pendapat rakan-rakan yang memang jadi guru. Atau belajar nak jadi guru. Atau yang memang bercita-cita nak jadi guru sebab betul-betul nak mengajar anak bangsa. Aku mengaku.....tipu kalau tak selalu online bukak FB, update blog dan surf laman web jual barang online, tapi tu sebab aku masih guru pelatih, student yang belajar lagi nak jadi guru. Belum jadi guru lagi. 

"Amboi kemain lagi enjoy mentang2 belum jadi guru betul. Curi tulang la kau." Tak, tak. Maksud aku, sekarang masa aku sama dengan student2 lain yang masih belajar nak jadi profesion yang mereka nak, waima local atau overseas, tak kira la institusi apa pun, kolej ke matrikulasi ke universiti ke IPG ke etc etc. Persoalannya di sini ialah efektif ke tidak pengurusan masa seseorang individu. Aku belum jadi guru lagi, belum. Aku belum pening berdepan dengan budak-budak lagi. Aku belum pening buat rancangan mengajar, fail itu fail ini, nak pastikan budak-budak cemerlang semaksimum mungkin, nak cari cara senang dan terkini bagi budak lekas faham dengan apa yang kita ajar, nak kena bahagi JERISE lagi, menyeluruh semua aspek dan banyak lagi.

 Surfing online tu mungkin salah satu cara guru nak release tension. Macamlah engineer tak pernah buka FB , doktor tak sempat update blog. Ada, ada...banyak. Dan kesemuanya dibuka sebab mereka nak berkongsi pengalaman dan release stress. Samalah dengan guru. Tapi tak semua. Rambut asalnya sama warna hitam, tapi hati lain-lain. Tak boleh terus kata pokok durian tak elok kalau tengok buah yang baru jatuh tu buruk *oh maafkan analogi ini.

Aku tak salahkan Ceyana 100%, tapi nak tepuk tangan kat dia. Nak bagi stand ovation kat dia. Sebab dia berjaya buka mata aku.

"Oh, aku ni banyak sangat buka FB. Kerja tak siap lagi ni. Macamana nak ajar budak nilai murni hargai masa, sedangkan aku sendiri selalu buat kerja lagha."

"Oh, banyak sangat dengar lagu ni sampai asyik lupa dengan hafazan aku. Adohadoh mcmana nak ajar budak2 ni kalau aku sendiri pun kelu nak sebut ayat depan diorang?"

"Oh, aku pun selalu update blog dan surf barang online. Asyik membazir masa dan duit je. Padahal kerajaan dah bagi duit tu bukan sebab nak membeli-belah, tapi sebab nak aku belajar dengan tenang dan serap ilmu semaksimum mungkin, supaya nanti aku boleh 'bayar' dengan anak-anak bangsa aku yang ibu bapanya dah melabur kat aku dengan taxes kerajaan dulu tu."

Bagus Ceyana. Tak, saya bukan nak sarkastik, tapi ada beberapa point dia yang betul, cuma caranya dihuraikan yang agak salah.

Ceyana cakap, masa kat sekolah bukan main guru jadi idol sebab guru boleh selesaikan masalah Addmaths dengan mudah, boleh buat isi karangan dengan mudah dan sebagainya tapi bila dah besar dan bekerja ni, dia sendiri boleh sintesis cara yang lebih mudah dari apa yang guru dia dulu tu dah ajar. "Terer lagi Ceyana ni dari guru dia kan?" Siapa dulu yang makan garam? Kalau tak guru dia ajar cara yang basic, cara yang semua-orang-tahu tu, dia takkan dapat jana otak dia nak permudahkan cara penyelesaian addmaths tu.

Tapi kalau dilihat secara positif, Ceyana memang betul. Seorang guru juga pernah menjadi student macam Ceyana, pernah belajar cara basic yang memang telah ditulis dalam silibus pelajaran, jadi sekarang seharusnya dah pandai sintesis idea jadi lebih mudah, lebih senang untuk pelajar ikut. Masalahnya, sesetengah guru masih dengan cara itu sebab kami terikat dengan silibus pelajaran, terikat dengan sistem pemarkahan dalam peperiksaan.

"Kalau jawab macam ni dapat 2 markah."

"Kalau buat sampai sini dapat 1 markah je, kena panjang sampai sini, baru dapat fullmark 4 markah."

Adakah anda mengenali ayat-ayat di atas? Tapi kan, guru dulu yang makan garam daripada kita. Jadi guru sendiri yang tahu cara penyelesaian yang mana sesuai dengan tahap pemikiran kita. Sebab tu adanya tahap-tahap dan aras-aras yang perlu dicapai oleh pelajar, yang cikgu perlu laksanakan, dan pastikan murid dapat capai aras tu. Nak bagi pelajar tu pandai kena ada tingkatnya.

Ceyana cakap kerja engineer datang pagi subuh-subuh (gelap lagi kan?) pastu pulang ke rumah malam-malam. Guru pulak datang 7.30 pagi, balik petang, tu pun ada yang pulang tengahari. Ye, tapi ada sesetengah guru yang bawa balik kerja dia, ada guru yang buat tuisyen free, ada guru yang buat kelas off-session. Mana dia tengok? Ni silapnya Ceyana, dia nilai guru dari perspektif dan pengalaman hidup dia saja. Dia nilai guru secara pandangan kasar, bukan secara detail. Dia nilai guru, sebab katanya semenjak dia mengenali erti duit dan nilai masa, baru dia tahu betapa 'untungnya jadi cikgu'. 

Mari kita sama-sama minta kerajaan pindahkan Ceyana ke unit pendidikan, jadi cikgu sekolah pedalaman, lepas tu hantar ke sekolah bandar. Biar kena culture shock dia, dari murid bermasalah pembelajaran dan susah nak catch-up kepada murid yang bermasalah sosial dan terlalu bijak sampai pijak kepala cikgu. Bak kata Ceyana, kalau kita mengadu dengan PM, dengan kerajaan, senang je, diorang akan layan.

Aku pernah dengar seorang guru berkata, kita ni government-slave, terpaksa ikut apa kata kerajaan selama mana masih kerja kerajaan. Walaupun aku belum nampak negatifnya lagi jadi hamba kerajaan ni, aku tak nak pandang sudut negatif tu. Biarlah aku bersyukur selama mana masih belum disuruh mensyirikkan Allah. Betul, yang penting aku masih hamba Allah.

Kesimpulannya *nak tamatkan thesis aku pulak. hehe* aku bukan nak bidas dengan hati yang panas akan entri Ceyana tu, tapi aku nak berikan pendapat aku, dari perspektif aku sebagai bakal guru. Belum lagi jadi guru betul. Baru berapa peratus jerih menjadi seorang guru yang aku rasakan.

 Tapi ada baiknya Allah gerakkan hati Ceyana nak buat entri tu sebab Allah tahu akan ada baik yang datang.  Nak sampaikan mesej kepada semua guru sebenarnya. Tak boleh tuding jari pada Ceyana saja. Ceyana ni sebenarnya salah satu sample bukti untuk tengok bagaimana masyarakat judge kita. Kalau dah yang negatif saja yang nampak, apa kata kita berusaha lebih biar yang positif lebih menonjol. Bukan nak cari publisiti murahan sahaja. 

Terima kasih Ceyana. Maafkan saya kalau ada ter-merapu. *bow

nota kaki | Kita sebagai guru ni tak boleh lalai, tak boleh lupa apa tujuan sebenar kita jadi guru. Nak berbakti semula kepada masyarakat, walaupun kita sendiri takkan pernah mencapai tahap kesempurnaan. Kalau nak jadi ciri-ciri guru ideal yang dah disenaraikan Ceyana tu, memang mental breakdown la semua guru-guru di dunia ni.  

Share:

1 comment:

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....