Hari ni, 22 Ramadhan 1433H, dan kita dah masuk fasa ketiga daripada tiga fasa Ramadhan. Kalau fasa pertama rahmah (rahmat Allah), fasa kedua maghfirah (pengampunan), maka fasa ketiga ini ialah itqun minannar (dijauhkan dari api neraka) dan bonus point = LAILATUL QADAR, yakni malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bila dah masuk fasa ketiga ni, rasa berat menjalankan ibadah puasa tu takkan terasa lagi dah, insyaAllah, sebab perut dah tahu dia dapat rehat siang hari; badan dah tahu bahagi2kan tenaga untuk separuh hari; dan kita dah terbiasa buat rutin harian tanpa breakfast 7 pagi dan lunch *serta minum2 kudapan in between & junkfoods. heheh
Dan sedih rasanya bila Ramadhan dah nak pergi, walaupun Syawal akan datang dalam lebih kurang seminggu lagi. Sebab orang celebrate Raya dua tiga hari je, sedangkan Ramadhan disambut sebulan penuh, makin nak hujung makin rancak orang perbanyak ibadah dan makin ramai yang ke masjid.
Dan minggu depan aku akan PBS buat kali terakhir sebelum praktikum. Nanti kita cerita merry2 pasal praktikum yang dengarnya akan dibuat di pendalaman dan kawasan luar bandar ye, sekarang nak story pasal persiapan nak PBS.
Asalnya aku nak PBS di sekolah bapak, tapi 16 julai lepas dia kena suruh pindah jadi gb sekolah lain. Aisehmen, alang2 betul, sengaja sungguh tak nak aku sebumbung sekolah dengan bapak. huu~ habislaa pasni kena buli. heheh. tak tak i gurau je. *muka xsure
Tu je aku nak cerita sebenarnya. Salam Syawal!
nota kaki | Ramadhan tiba, Ramadhan tiba, ahlan ya Ramadhan, datanglah lagi tahun depan...sobs
moga jumpe lailatul qadar
ReplyDeletesalam blogger
nak maklumkan keputusan
MY FIRST GIVE AWAY
FEEL FREE TO VIEW
http://edyfee.blogspot.com/2012/08/keputusan-rasmi-my-first-give-away.html
jangan marah kalau tak menang yer
selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya
wah, da PBS dh nya :)
ReplyDeletewah bestnye nak raya.edy tak sabar
ReplyDelete