Alhamdulillah BIG Program Anak Angkat & Khidmat Masyarakat Siri 2 untuk Kumpulan BI/BM/PA dah selesai. Alhamdulillah sekali lagi sebab aku balik dengan badan yang masih perfect set. Alhamdulillah...
Sungguh banyak nak diceritakan. Semualah termasuk yang remeh2 macam aku jalan2 jumpa kucing gemuk2 pun aku nak ceritakan. heh.
Jadi kita mulakan dengan hari pertama. Dalam keadaan yang masih shock dan tak puas hati sebab diawalkan 2 minggu, aku packing barang lepas Subuh. Dahlah banyak baju baru dicuci tak sempat nak jemur, sebab baru balik cuti Raya kan, maka aku bawa barang sekadar perlu, termasuk 2 bungkus mi PaMa. Ye, sekadar perlu heheh. Pagi lepas taklimat sikit, kami bertolak ke SMK Tarat, Serian, kira-kira pukul 8.45 pagi dan sampai di sana kira-kira 9.50 pagi. Maknanya tak jauh mana pun, lagipun tak ada jam, sebab orang dah turun kerja kan. Cuma sepanjang jalan tu, bila dah masuk kawasan Serian memang masyaAllah dah pelbagai aroma masuk dalam bas. Dahlah bas tak pakai aircond, memang semerbak la bau2 kandang ternakan. Ayam aku boleh tahan lagi, tapi yang sejenis tu... hm.
Aku ingatkan SMK Tarat ni sekolah pendalaman yang masih bangunan kayu, TETAPI...
ambik.
Lepas taklimat, ada simbolik penyerahan anak angkat. Lepas tu kami jalan-jalan. Lepas jalan-jalan kami makan tengahari dan solat Zohor. Lepas solat kami jalan-jalan keliling sekolah tengok apa2 yang boleh ditolong perbaikkan dan permurnikan. *omai kena saman cegu bm kang heheh* Dan selepas tu kami ke Kampung Rayang, dan bertemu di depan gereja St Paul Kpg Rayang untuk bertemu keluarga angkat masing2 dan dibawa pulang ke rumah mereka...And we spent the rest of the night with them.
Masa simbolik penyerahan anak angkat tu aku mula2 jumpa mak angkat aku. Aku, Ellie dan May satu kumpulan-Kumpulan 3. Keluarga angkat kami terdiri dari the bapak yang hanya berada di rumah semalam dan pergi kerja esok paginya; the mama, Christina, yang bekerja sebagai surirumah dan orang gaji; the adik, aku panggil Lin, Tingkatan 4; the adik, aku panggil Jane, Tingkatan 2; dan the kucings, Nino (siam), Cici (siam muka hitam) dan Meme (tabby). Rumah keluarga aku sederhana saja. Ada dua buah bilik, sebuah ruang tamu, ruang makan, manakala dapur dan sinki ada di luar. Syukur kesemuanya di bawah bumbung. Aku bukan cakap sinis, syukur keluarga angkat aku ada rumah sendiri. =')
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....