Sunday, May 20, 2012

A watch and a pouch

Salam.


Aku beli voucher kat milkadeal. Beli jam tangan dari couplelovetee, 50% off jadik RM25; dan pouch dari Beyonce Fashion, 54% off jadik RM27. 

Jam tu free delivery nationwide, tapi pouch tu ada shipping price untuk East Malaysia. aduh musykil. gimana gue mau bayarin nihhh... yang aku dah bayar guna voucher tu tak termasuk shipping. Jadi...?

Lagi satu, kan aku bayar voucher guna maybank2u si AN, duit dah kena deduct, tapi ada emel datang cakap transaksi melalui FPX gagal. Aik? Aku dah dapat voucher, milkadeal cakap aku dah bayar, aku siap emel lagi dua2 kedai online tu, siap sms lagi (memang naaakk sangat la nih), tapi kenapa? kenapa?

Sebelah hati aku cakap tak perlu risau, tunggu barang sampai je sebab aku dah lulus semua peringkat pembelian, cuma tang shipping price tu yang aku kena tunggu apa kata pihak kedai. Email tu ... salah send kot. hehe. 

Sebelah lagi hati aku cakap, aku kena usaha sungguh2 nak hilangkan kekonpiusan dan kerisauan aku nih. nanti duit ilang, rm52 tu kira banyak doh. beli mcdelivery pun tak sampai rm50 aku makan. boleh beli baju bundle lagi. tu yang mendorong aku untuk siap emel dan sms milkadeal, couplelovetee dan beyonce skali. hambek.

Risau takut kena cheat. tu je. kalau abis stok tapi duit aku kambektomama, xpe. kalau milkadeal tak nak bagi balik, tak ke hangus duit aku tu? well...just look and see.


Share:

1 comment:

  1. hye dear..
    ara tag awak lam 1 giveaway tau..
    nak tengok jom klik entry ni..
    http://deliarayushe.blogspot.com/2012/05/special-giveaway-by-aziera-adenan.html

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....