Alhamdulillah sekarang bila tarikh 16 Mei je, aku bukan setakat bagi wish Hari Guru, tapi dah terima wish dah. ^^ Both feels different. Fluttered, maybe. Tapi masih dalam IPG lagi ni, belum merasa sambutan hari guru di sekolah betul. Mesti best kan?
Tapi aku masih seorang anak murid. Kalau kira 15 tahun belajar ni, dah berapa ramai guru aku - semua la, guru kelas, guru subjek, guru sandaran, guru sit-in, guru praktikal, guru KAFA, guru kelas tambahan etc etc. Tapi tak semua aku mampu nak wish, sebab ada yang tak ingat nama dah sekarang. heheh. Ada yang dah takde, boleh wish dengan al-Fatihah dan Yassin, tapi yang takde contact number ni, cuma dapat sampaikan di angin lalu je la ye. huhu. cigu, minta maap...
For that, aku dah cipta gif lagi. nyahahaha~ yang ni pakai GifMake, sebab aku pakai gambar2 je. yang imgflip tu untuk tukar video jadi gif.
SELAMAT HARI GURU untuk semua warga IPG, khususnya IPG Kampus Batu Lintang, Kuching; guru-guru yang pernah mengenali budak bernama Murni Afiqah bt Usop, yang pernah mengajar di :
1. Tadika Kemas Kampung Dato' Kuala Lawas
2. Tadika Kemas Ulu Merapok
3. SK(B) Agama Lawas
4. SK Agama (MIS) Lawas
5. SMK Agama Miri
.... Mr. Usop bin Buntak & Cik Murni Salwani bt Usop. heheh~
serta semua guru-guru yang pernah mengajar budak problematic ini. Sekarang dah ok, don't worry~
Moga Allah merahmati usaha kalian dan mengasihi kalian sebagaimana kalian mengasihiku; dan semoga ilmu yang disampaikan padaku itu akan menjadi bekalan berguna di akhirat kelak. InsyaAllah..amin....
0 comments:
Post a Comment
Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....