Assalamualaikum.
Tadi terserempak dengan satu post di FB. Post asal ada gambar jenazah. Seram pulak. Maaf takda niat nak hina jenazah berkenaan tapi ana punya hati ni agak goyah bila tengok gambar-gambar macam tu. Tapi yang pasti isi post sangat bermanfaat.
PELAJAR UNIVERSITI..
Sibuk kejar kehidupan.
Belajar. Belajar. Belajar. Siapkan assignment. Belajar lagi. Kerja part time. Belajar lagi. Futsal sampai pukul dua pagi. Study. Exam. Exam lagi. Carry marks lagi. Belajar lagi. Kerja sepenuh masa. Rindu orang itu, orang ini. Cemburu orang itu dengan orang ini. Bincang pasal nikah. Lewat bangun solat subuh, tapi lebih risau lewat nak pergi kelas. Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. Perut lapar, cari makanan. Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.
Benda sama lagi dibuat. Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,
"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."
Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata, "Benda dah selalu diingatkan. Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."
Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita. Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.
Malaikat maut menjengah lagi.
Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. Berlalu sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat. Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?
Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.
Sebelum tidur, belek-belek phone dulu. Wish goodnight kat boyfriend/girlfriend dulu.
"Biy, nanti kejut I bangun solat subuh eh? Goodnight sayang. I love you. Esok mesej lagi "
Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah. Siapa pulak nak kacau aku ni.
"Nak apa?"
Kasar intonasi. Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk macam ni.
"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan."
Tergamam.
Ah. Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.
Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*
Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar assignment, deadline. Macam mana ni.
Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.
Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi.... semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang. Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? Tepuk dada, tanya iman. Assalamualaikum wbt.
Sesungguhnya ana tak nafikan ana memang kaki online. Kerana dunia di hujung jari, tak perlu 80 hari dah pusing satu dunia. Dari Cape of Hope ke Hokkaido; dari Bali ke Switzerland, semua boleh dijejak dengan internet. And everything in between, of course. Masa yang Allah pinjamkan habis dibuang dengan online, chatting, main game dan merayau-rayau di dunia maya. Tanpa sempadan kan. Begitulah ana. Kalau sehari tak buka Dose, tengok benda ntah pa2, ana akan rasa macam ada 1% yang kurang pada hari berkenaan. Buka FB pada new tab dan sangat alert dengan noti yg naik walaupun cuma 1 (lepas tu tgk rupanya game invitation. hmph). Padahal kadang-kadang kalau tak buka laptop atau henpon sehari, rasa sangat menenangkan. Serius. Kan?
Dan itulah yang dikatakan semakin tua dunia, semakin cepat masa berlalu. Walaupun semakin canggih dan 'moden' peradabannya. Kerana semua di hujung jari ramai yang malas nak berdiri dan berjalan menikmati indahnya ciptaan Allah dan ukhuwwah. Bacaan Al-Quran dan lagu-lagu ketuhanan disimpan di dalam telefon bimbit, dan playlist lagu2 Korea diulang-ulang dengar.
Kononnya muzik membuatkan assignment yang membosankan jadi lebih seronok. Allah....kepala tersengguk-sengguk, hakikatnya, dan kadang-kadang terpaksa pause dan 'hayati' lagu sebab part tu best, and then resume buat assignment tapi minda dah entah ke mana.
Walaupun hati sedikit berat tapi Allah dah tiupkan semangat. Jangan buang masa tak payah fikir panjang, delete semua nyanyian duniawi yang melalaikan. Biar ia jadi kenangan sebahagian diri yang pernah tersasar. Bila fikir-fikir balik kan, apalah guna simpan semua muzik video dan lagu-lagu tu kan. Kadangnya, macam ana, dari 900++ mp3 yang disimpan, tak sampai seratus kot yang didengar. heheh. Kadangnya ada MV yang ditonton sekali je. Takde manfaat pun. Kadangnya, ana simpan sebab nak bagi tunjuk dengan adik-beradik sebab ia menyeronokkan dan benda best tak boleh nikmati sorang-sorang. Sekarang ana terfikir, memang best tapi semua tu maksiat, kalau adik dengar dan kiranyalah lagu tu catchy sampai terngiang-ngiang di telinga ketika solat, kan ana yang dapat dosanya? Kan. Jadi, sebelum duri memenuhi laman, baik dipotong rumputnya (??). Sebelum tunas dosa terbentuk, baik dicantas akarnya kan.
nota kaki| Berat jari nak tekan delete. Tapi lagi berat azab Allah nanti kalau asyik2 tekan Play. kan? huhu