KLIK SAYA!

Renew insurans kereta dan roadtax : First Timer!!

Assalamualaikum. 

Lama tak update. Hari ni aku rasa geli hati that's why tergerak nak post entri baru.

Ok alhamdulillah sekarang aku dah keja...aku dah beli kereta sendiri. Tak mahal. Axia SE putih je. Orang tanya kenapa tak beli advance, 'alang-alang' kata mereka; aku kata aku tak perlu skrin, aku tak perlu gps aku tak perlu leather seat (kalau masuk keta lepas parking bawah panas hmm cair lemak degil). Orang tanya kenapa putih? ....aku kata sebab merahnya terlalu garang, kuning - ada cikgu sekolah aku sorang dh ada axia kuning. Pening sangat putih jela. Kurang menyerap haba kata bapak aku. :-)

Anyway 

Jadi satu hari di awal bulan November, aku didatangi surat dari etiQa kata aku kena renew insurance kereta. Dalam diam aku menggelabah sebab tengok amaun dia sampai empat angka. Walhal aku dah berjoli sesuka hati duit dalam bank pun tak sampai angka tu lol. Due date 25 nov, gaji 24 nov, so aku pun ambik risiko bayar pada hari gaji. Dalam kepala aku risau jugak sebab takut apa2 jadik; masalahnya aku tak paham kenapa insurans kereta ni perlu untuk aku. Ignorant tahap gaban haha. Aku ingat kalau tak langsaikan sblm 25 nov, kereta putih aku yang selalu berhabuk tu akan ditarik mengelilingi pekan Lawas dua tiga kali saja nak tunjuk kat orang sebelum ia bergerak kembali ke Keningau. 

Kemudian bapak menyedarkan aku dari lena. "Roadtax bila expired?" "Hm?" Aku kata selamba dan check cermin keta dua hari kemudian. Alhamdulillah aku tau apa menatangnya roadtax berkenaan walaupun sedikit ragu-ragu heh.

Expiry 20 nov. Huh? 

Aku pun khabarkan pada bapak. Bapak aku tengok aku mungkin speechless sebab betapa unbelievably ignorantnya aku. Sekali lagi aku tak paham siapa lebih penting: roadtax atau insurans? 

Bapak pun explain. Kalau roadtax tak renew, nanti ada roadblock, carik pasal namanya. Kalau nak renew kena ada insurans kereta dan greencardnya. Ah sudah! Greencard aku masih Bank Islam KK yang pegang, tempat aku sign agreement tahun lepas. Kiranya dioramg suruh aku renew insurans di KK dan terus ambik greencard. Tapi macamana aku nak ke KK dalam keadaan roadtax tak renew dalam musim orang balik bercuti ni? 

So kami dua berbincang macam orang berkelahi sebab bapak eksplen panjang dan aku cuba merumuskan tapi bapak tak puas hati sebab tak kena dengan explanation beliau. Aku cakap kat bapak aku nak beli insurans online pakai myEg tapi bapak cakap ko tukar Allianz, macam yang bapak pakai, kata bapak. 

Bapak punya step macam ni. Esok pegi ejen Allianz bawak copy greencard yang aku ada then tanya baik-baik "boleh buat insurans baru pakai greencard copy?" Kalau diorang kata tak boleh, terpaksa la aku ke KK naik bas ambik greencard kat Bank Islam KK. Kalau diorang kata boleh, trus buat then pegi JpJ memohon sekali lagi tanya baik-baik "boleh tak nak renew roadtax pakai greencard copy? " dengan suara semanis mungkin. Kalau tak dapat...naik bas ke KK jugak la jawabnya.

Dan hari ni hari gaji. Habis sekolah aku pi bank kluarkan duit separuh ribu pastu pegi ejen Allianz tapi tutup. Aku buntu nak contact num yang tertera di pintu Closed tu atau pegi renew di etiQa saja. Tak nak membuang masa aku ambik decision against bapak, pegi etiQa, explain bebaik dan

1. Sebab nilai kereta aku dah drop (hm), jadi nilai aku perlu bayar bukannya 1002, 682 sahaja. Jadi aku bayar, aku dapat slip perlindungan insurans. Aku cuma bawak copy greencard tu dan surat dari etiQa itu saja.

2. Aku pegi jpj. Boleh pakai copy greencard, office jpj yang muda hensem dan bersopan santun itu berkata. Mintak ic, katanya lagi. Ok, RM20, dan aku macam nak tergelak. Beberapa hari lepas bapak cakap roadtax starex beliau ialah 200 lebih ringgit. Jadi aku macam omaigod aku punya mesti beratus jugak ni tak pun 78 ringgit lol. 

Daaannnnn dah setel urusan aku. Alhamdulillah sayang Allah kat aku, dari aku pening-pening fikir Dia dah plan nak mudahkan sebenarnya. Alhamdulillah.

Tapi sampai sekarang aku rasa nak tergelak lagi bila ingat perbincangan penuh emosi aku dan bapak malam semalam. 

Jadi taun depan bolehlah aku main kutu turn bulan 10 sebab nak prepare nak renew / beli insurance keta dan renew roadtax. Moral of the story is

Jangan ignorant.

[UPDATE]
oh ya.
bukannya greencard.
beberapa hari kemudian aku pi kk pi bank islam ambik dokumen yang sensasi sangat itu
"saya datang nak ambik greencard."
pegawai bank tu sengih sinis dan masa bagi benda alah tu pada aku beliau berkata
"Bukan greencard dik. GRANT CARD."

omaigad.









No comments:

Post a Comment

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....