Wednesday, September 11, 2013

Masalah saya cuma MALAS

Assalamualaikum.=)

Aku tengah buat kerja. YES!

Dua tiga hari ni aku malas giler. Aku pun xpaham. Badan aku segar-bugar je sebenarnya nak buat kerja, planning pun dah ada tinggal nak laksanakan je lagi. 

Biasanya aku akan tidur pukul 9 malam sebab...ntah, mata aku dah pandai kuyu masa tu. Kalau aku tak menghadap movie atau variety show atau drama lah.  Lepas tu kalau aku tak penat sangat mata aku pandai celik pukul 1 pagi. Dan terus mode ready nak kerja.

Tapi masalahnya aku ni ikutkan sangat nafsu kan...malaslah, esoklah, nanti...pukul 4. Kunci alarm pukul 3 ke, 4 ke lepas tu aku akan bangun. Tapi lagi sekali aku hanya akan bangun untuk menutup alarm sambil marah2. Padahal aku sendiri yang pilih lagu annoying supaya aku bangun. Bangun memang bangun, tapi buat kerja tidak. Padahal sampai termimpi-mimpi aku. Mimpi buat kerja. Kepala je sibuk planning tapi badan tak bagi kerjasama langsung.

Dan hari ni entah dari mana tiba2 datang semangat nak buat kerja. Hari ni aku cakap dengan diri sendiri : "Ko kena siapkan projek hari ni jugak. Buat semua BBM, gunting dan laminate. Tu je, lepas tu ko boleh berehat. Biar bersusah dulu, janji ko tak bertangguh. RPH tak buat lagi tu!" 

Kalau aku pandang2 katil tu kompem aku akan rebah balik. Jadi apa yang aku buat...lepas Solat Maghrib aku mandi, aku solat Isyak, lepas tu aku terus buat apa yang aku rancang. Semua kebimbangan aku letak tepi. Masalah RPH xsiap, portfolio xlengkap, belum makan lagi, laundry tak settle lagi etc...aku letak tepi. Rasa macam selama ni aku pakai topi besi dan sekarang aku buka topi tu dan letak tepi. Walaupun hakikatnya badan aku masih rasa malas tapi aku gigihkan diri dengan fikir yang aku boleh tidur dengan nyenyak lepas mission accomplished hari ni. Dan mission aku ialah nak siapkan projek. Esok mission lain pulak, dan yang tu kita fikir kemudian.

So, kesimpulannya...pengajaran hari ini ialah...
1. Fokus. Kalau nak buat satu kerja, buat satu tu lah dulu. Kena set prioriti, susun ikut kepentingan, sama ada 'mana lebih dekat deadline' atau 'mana yang kalau aku tak buat cepat, aku akan lupa'.
2. Jangan manjakan diri. Kadang-kadang kita perlu berleter dengan diri sendiri. Nafsu adalah murid kita yang perlu dididik supaya dia tak pijak kepala.
3. Jangan bertangguh. Kalau bertangguh kepala jadi runsing sebab kerja dah melambak, tak tau mana nak buat dulu. Kalau siap cepat2 aman hidup.

Okay, resuming work!
Share:

3 comments:

  1. gud girl... ^^ (kate orng yg x siap2 lg kerja)..mwehehe... XD

    ReplyDelete
  2. Stay focus....benda paling payah nak buat kalau dah selalu sangat online hahaha

    ReplyDelete
  3. Kamek nang cam ya jwak. Asal nangga katil mesti rasa nak tido. Mun kamek molah kerja, sik da mewk molah atas katil.

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....