Saturday, January 26, 2013

Larangan memakai sebelah sahaja kasut

Salam alaykum =)
Sedang belek-belek Riyadhus Solihin tadi, aku jumpa tentang ni.
"Eh, ada jugak?" Yaaaaa....memang ada. Islam kan syumul. Even sesuatu seremeh ni pun ada.

Orang Islam dilarang berjalan dengan hanya memakai sebelah kasut sahaja tanpa sebarang uzur (maksudnya kalau anda patah kaki terpaksa pakai kasut sebelah je sebab sebelah balutan tebal sangat, xpe). Juga dilarang memakai kasut atau stokin sambil berdiri.

Antara hadis yang menerangkan larangan ini adalah:

1. Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah menerangkan, "Saudara jangan berjalan dengan memakai sebelah kasut sahaja. Pakailah kedua-dua belah, atau tanggalkan kedua-dua belah." -Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

2. Abu Hurairah juga melaporkan, "Saya dengar Rasulullah menerangkan, "Apabila tali kasut saudara putus, saudara jangan berjalan dengan sebelah kasut sahaja, sehinggalah ia dibaiki." -Direkodkan oleh Imam Muslim.

3. Jabir melaporkan, Rasulullah melarang orang memakai kasut sambil berdiri. -Direkodkan oleh Abu Daud dengan laporan yang berautoriti hasan. (Hadis hasan, boleh diterima untuk dijadikan hujah dan amalan)

Sumber: Riyadus Solihin : Taman Orang Soleh, Edisi Terjemahan. Karangan Imam Nawawi. Terbitan PTS Islamika Sdn Bhd. Terbitan Pertama, 2012.

nota kaki | Oh tidak....biasa sangat pakai stokin dan kasut berdiri tu. Kena tukar habit nih..
Share:

2 comments:

  1. setiap teguran nabi tu ada hikmah disebaliknya...sunnah semestinya harus menjadi pegangan hidup kita

    ReplyDelete

Anda nak komen? PILIHAN BIJAK! Sila, sila....